Langkah-langkah untuk Meningkatkan Semangat Patriotisme dalam kalangan Masyarakat
Terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Antranya ialah memupuk semangat patriotisme sejak dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Contohnya , pihak sekolah boleh mengadakan program seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah, nanyian Lagu Negara ku semasa perhimpunan dan sebagainya. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa.
Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memupuk semangat patriotik dalam sanubari anak –anak. Ibu bapa harus sentiasa menanamkan kesedaran tetang pentingnya memelihara kedulatan dan kemerdekaan negara sejak anak-anak masih kecl lagi. Ibu bapa juga mesti menjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Contohnya, ibu bapa mesti mengibarkan bendera bersama-sama anak-anak ketika sambutan hari kemerdekaan negara. Ibu bapa dan anak-anak juga boleh melawat tempat-tempat bersejarah tanah air semasa cuti sekolah dan sebagainya.
Seterusnya, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.
Kesimpulannya, semangat patriotisme sangat penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri.
No comments:
Post a Comment