MESKIPUN istilah kepelbagaian dalam kesatuan mungkin terlalu kerap diungkapkan dalam sesebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia, konsep ini tetap relevan dan sangat penting untuk dihayati oleh seluruh rakyat Malaysia.
Di sinilah letaknya konsep 1Malaysia. Konsep ini menekankan betapa pentingnya perpaduan negara dalam kalangan rakyatnya yang berbilang bangsa, latar belakang dan kepercayaan agama demi kesejahteraan semua di masa hadapan.
Untuk mencapai matlamat ini, kita memerlukan nilai-nilai aspirasi yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia. Walaupun nilai-nilai ini telah lama dipupuk, ia harus terus diketengahkan demi memacu negara ke arah masa depan yang lebih utuh.
Nilai-nilai yang diperkatakan tadi berteraskan kepada budaya kecemerlangan, ketabahan, kerendahan diri, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.
Konsep 1Malaysia seperti yang diperkenalkan oleh Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak pada 16 September 2010 mempunyai hala tuju yang sangat jelas. Segala komponen perlaksanaan yang terkandung di dalamnya adalah secara menyeluruh demi mengurangkan beban rakyat.
Kenalilah produk 1Malaysia kerana ia akan memberi faedah kepada kita semua.
No comments:
Post a Comment