Wednesday 17 February 2016

Pengertian Hak dan Kewajiban Bela Negara :

Seseorang memperoleh hak setelah melaksanakan kewajiban yang betul. Pembelaan negara adalah tekad, sikap dan tindakan warga negara yang teratur, dan berlanjut yang dilandasi oleh kecintaan pada tanah air serta kesadaran hidup berbangsa dan bernegara.

    Image result for patriotisme

 Motivasi dalam Pembelaan Negara :

Usaha pembelaan negara bertumpu pada kesadaran setiap warganegara akan hak dan kewajibannya. Kesadarannya demikian perlu ditumbuhkan melalui proses motivasi untuk mencintai tanah air dan untuk ikut serta dalam pembelaan nega
    Image result for patriotisme
                   



PELAJAR SEKOLAH YANG TERDIRI DARI PELBAGAI KAUM.
 

 PELATIH-PELATIH PLKN YANG BERSEMANGAT PATRIOTISME.

RUMUSAN

     Usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.


     Semangat patriotism dapat membantu pembangunan masyarakat dan pembangunan ekonomi. Pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dapat dilakukan dengan mudah kerana masing-masing mempunyai inisiatif untuk membangun Negara. Industri pelancongan juga dapat dikembangkan. Negara berdaulat dan dihormati oleh orang ramai. Negara boleh menggorak langkah yang lebih jauh untuk mencapai Negara maju bukan sahaja dari aspek ekonomi tetapi jati diri bangsa Negara tersebut. Matlamat konsep patriotism adalah untuk membentuk rakyat yang bersemangat patriotik dan berkeperibadian Malaysia.

KEPENTINGAN SEMANGAT PATRIOTISME

Kepentingan pertama semangat patriotisme di kalangan rakyat adalah untuk memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan wujudnya semangat cinta akan negara di kalangan rakyat, pasti negara akan terus aman dan damai. Sesungguhnya anasir luar atau musuh negara amat menyukai jika rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat patriotisme. Apabila keadaan ini berlaku, pasti negara akan mudah ditakluki oleh negara yang ingin menjajah lagi negara kita.



Semangat patriotisme juga dapat memupuk perpaduan kaum. Sesungguhnya, semangat patriotisme akan membentuk rakyat yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan kaum. Dengan wujudnya perpaduan kaum, maka kerajaan akan dapat melaksanakan pelbagai  program pembangunan untuk kemudahan rakyat. Selain itu, suasana yang harmoni antara kaum akan dapat diwujudkan. Seterusnya suasana harmoni ini akan dapat merangsang perkembangan sektor pelancongan negara.



Kebaikan lain semangat patriotisme di kalangan rakyat ialah ia dapat menjadi contoh kepada generasi muda. Generasi muda khususnya yang lahir selepas merdeka kurang memahami kepentingan semangat patriotisme. Dengan adanya program-program yang menjurus kepada mewujudkan semangat patriotisme seperti sambutan Bulan Kemerdekaan ianya pasti dapat memberi kesedaran kepada generasi muda. Selain itu, generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme tidak akan melibatkan diri dengan perkara negatif seperti gejala sosial dan vandalisme.



semangat patriotisme di kalangan rakyat juga dapat menaikkan imej negara. Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang aman dan pesat membangun. Negara Malaysia dapat membangun dengan pesat kerana wujudnya semangat patriotisme yang tinggi di kalangan rakyat.


Rukun Negara
RUKUN NEGARA MALAYSIA

Semangat Patriotik?






Diatas adalah suatu video berkaitan dengan semangat patriotisme ,



Berdasarkan video di atas, dapatlah disimpulkan bahawa semua pikak memainkan

peranan yang penting dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak

 ataupun dalam kalangan remaja .  Hal ini amat jelas membuktikan betapa besarnya 

tanggungjawab semua pihak kepada pembinaan personaliti anak-anak dan remaja 

pada masa kini . Oleh itu, setiap individu haruslah melaksanakan tanggungjawab 

dan peranan bagi melahirkan individu yang bersemangat patriotik, cinta akan 

negara dan berwawasan.





 

Sunday 14 February 2016



Langkah-langkah untuk Meningkatkan Semangat Patriotisme dalam kalangan Masyarakat


Terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita.  Antranya ialah memupuk semangat patriotisme sejak dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Contohnya , pihak sekolah boleh mengadakan program seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah, nanyian Lagu Negara ku semasa perhimpunan dan sebagainya.  Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. 
Image result for patriotisme

         Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memupuk semangat patriotik dalam sanubari anak –anak.  Ibu bapa harus sentiasa menanamkan kesedaran tetang pentingnya memelihara kedulatan dan kemerdekaan negara sejak anak-anak masih kecl lagi. Ibu bapa juga mesti menjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak.  Contohnya, ibu bapa mesti mengibarkan bendera bersama-sama anak-anak ketika sambutan  hari kemerdekaan negara.  Ibu bapa dan anak-anak juga boleh melawat tempat-tempat bersejarah tanah air semasa cuti sekolah dan sebagainya. 


          Seterusnya, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.


Kesimpulannya, semangat patriotisme sangat penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri.

Wednesday 10 February 2016

Kisah 1Malaysia

MESKIPUN istilah kepelbagaian dalam kesatuan mungkin terlalu kerap diungkapkan dalam sesebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia, konsep ini tetap relevan dan sangat penting untuk dihayati oleh seluruh rakyat Malaysia.
Di sinilah letaknya konsep 1Malaysia. Konsep ini menekankan betapa pentingnya perpaduan negara dalam kalangan rakyatnya yang berbilang bangsa, latar belakang dan kepercayaan agama demi kesejahteraan semua di masa hadapan.
Untuk mencapai matlamat ini, kita memerlukan nilai-nilai aspirasi yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia. Walaupun nilai-nilai ini telah lama dipupuk, ia harus terus diketengahkan demi memacu negara ke arah masa depan yang lebih utuh.
Nilai-nilai yang diperkatakan tadi berteraskan kepada budaya kecemerlangan, ketabahan, kerendahan diri, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.
Konsep 1Malaysia seperti yang diperkenalkan oleh Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak pada 16 September 2010 mempunyai hala tuju yang sangat jelas. Segala komponen perlaksanaan yang terkandung di dalamnya adalah secara menyeluruh demi mengurangkan beban rakyat.
Kenalilah produk 1Malaysia kerana ia akan memberi faedah kepada kita semua.




Tuesday 9 February 2016

FAHAMI ERTI SEBENAR PATRIOTISME



Patriotisme bererti perasaan dan sifat menyintai dan bersedia mempertahankan tanah air. Patriotisme bukan sekadar mengibar bendera ketika menyambut ulang tahun kemerdekaan atau beruniform kemas serta aksi berkawad dengan gaya segak dan wajah serius. Ia suatu komitmen, perasaan mendalam, semangat yang dihayati, menyerlah serta berkobar-kobar apabila dituntut keadaan.


patriotisme boleh ditafsirkan sebagai sikap, semangat dan tindak-tanduk yang menjurus kepada gagasan dan usaha mengawal kepentingan, maruah dan kedaulatan bangsa dan negara dalam pelbagai bidang kehidupan — ekonomi, politik, sosial, hubungan antarabangsa, kedaulatan, kebudayaan, agama, keselamatan, undang-undang dan sebagainya. Sifat patriotik juga harus merangkumi usaha meningkatkan martabat bangsa dan negara serta menyumbang kepada ketamadunan manusia, keadilan sosial, keamanan dan kesejahteraan sejagat.


Sejarah masa lampau adalah cermin masa depan kita. Kita banyak belajar daripada apa yang sudah berlaku pada masa lampau. Bangsa yang tidak mengetahui sejarahnya tidak mampu membangunkan masa depannya. Justeru, kita wajar menghayati sejarah perjuangan kemerdekaan yang dikemudi oleh pejuang terdahulu supaya dapat menyumbang demi mencapai kejayaan pada masa depan.

Bagi memastikan semua warga dapat hidup aman dan sejahtera, kita semua mempunyai peranan masing-masing. Tidak kira sama ada sebagai pelajar, pendidik, mahupun pekerja biasa, kita ialah individu dan organisasi yang boleh memainkan peranan membangunkan negara.

Penghayatan terhadap erti kemerdekaan menuntut kita mengenali sejarah negara. Ia penting supaya kita dapat memperkukuh jati diri serta mengetahui cabaran yang boleh merentap dan memusnahkan kemerdekaan dan kedaulatan negara tercinta ini. 




Definisi Patriotisme

Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air' (bahasa Latin patria < bahasa Greek patris, πατρίς), oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. 'Tanah air' (atau 'ibu pertiwi') itu mungkin suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini bermaksud bangsa dan/atau negara. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti: bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Patriotisme dikait rapat dengan nasionalisme, dan istilah-istilah ini digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain. Sebenarnya, nasionalisme ialah sejenis ideologi - namun nasionalisme selalu memupuk nilai-nilai patriotik sebagai sikap yang sewajarnya. (Kedua-dua gerakan politik nasionalis dan penyataan patriotik mungkin, namun tidak semestinya, bersikap negatif terhadap 'tanah air' bangsa lain).

Sunday 7 February 2016

Berikut merupakan beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk memupuk semula semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda : 
                                                                                                                           
a. Dalam kehidupan keluarga
                Mengibarkan bendera negara dihalaman rumah ketika hari besar nasional.
                Menjaga nama dan maruah keluarga dengan baik.
                Belajar bersungguh-sungguh untuk menyongsong hari esok.

                b. Dalam kehidupan sekolah
                Mengikuti upacara bendera dengan khidmat dan bersungguh-sungguh.
                Berdisiplin dalam mentaati tata tertib sekolah.
                Senantiasa untuk mencapai prestasi dan menjaga nama baik sekolah.                                                                                                                     Image result for patriotisme generasi muda

                c. Dalam kehidupan bermasyarakat
                 Melaksanakan upacara hari-hari besar nasional seperti hari kemerdekaan, hari sumpah pemuda, dan lain-lain.
                 Mendahulukan kepentingan umum daripada kepentingandiri sendiri.
                 Sentiasa menjaga nama dan disiplin diri sendiri dalam kalangan masyarakat.
                 Tidak sesekali melakukan perbuatan yang akan memburukkan nama dalam kalangan masyarakat.


                                                Image result for patriotisme keluarga

Saturday 6 February 2016

Pendahuluan !


Setiap negara mempunyai sejarah yang tersendiri. Di  Malaysia, sejarah yang ada telah membentuk identiti negara kita. Negara kita terdiri daripada rakyat yanhg berbilang kaum iaitu Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun dan sebagainya. Perpaduan kaum yang terbentuk pada masa dahulu sehingga kini merupakan satu pencapaian negara yang amat membanggakan. Rakyat yang berbilang kaum ini dapat hidup bersama secara aman damai kerana mereka mempunyai semangat patriotik yang kukuh dan kental dalam diri mereka.Walau bagaimanapun, adakah generasi baharu pasca merdeka mempunyai semangat patriotisme yang kuat atuapun yang rendah berbanding generasi terdahulu ? 

        

Patriotisme dan aspek-aspek kenegaraan adalah nilai-nilai penentu kepada jati diri rakyat dan riwayat sesebuah negara bangsa. Pengaplikasikan konsep patriotisme dalam kehidupan dan mewujudkan warga yang tinggi jati diri, cintakan negara dan sanggup berjuang mempertahan dan memakmurkan negara. Individu adalah entiti tunggal masyarakat, patriotisme adalah jiwa warga yang cintakan negara.

Sejarah Blog .

Selamat Sejahtera . Blog ini adalah blog diwujudkan oleh pelajar nilai masyarakat daripada Politeknik Nilai Negeri Sembilan . Kumpulan ini terdiri daripada Priveena Dewi Sri Ram , Louise Lorna Lanne Jawlan , Durga Vasnathan dan Narean . Blog ini berkonsep Patriotisme di MalaysiaBlog ini diwujudkan bagi memudahkan untuk membuat rujukan tentang patriotisme dan berkongsi bahan berkaitan patriotisme secara online. Ini adalah kerana kumpulan kami terlibat dalam E-folio Nilai Masyarakat . 















     

Thursday 4 February 2016