Usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah dijalankan
sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini
penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan
menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri.
Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa
berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan
pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain.
Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah
mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati
diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan
masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam
kalangan masyarakat.
Semangat patriotism dapat membantu pembangunan masyarakat dan
pembangunan ekonomi. Pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dapat dilakukan dengan
mudah kerana masing-masing mempunyai inisiatif untuk membangun Negara. Industri
pelancongan juga dapat dikembangkan. Negara berdaulat dan dihormati oleh orang
ramai. Negara boleh menggorak langkah yang lebih jauh untuk mencapai Negara maju
bukan sahaja dari aspek ekonomi tetapi jati diri bangsa Negara tersebut. Matlamat
konsep patriotism adalah untuk membentuk rakyat yang bersemangat patriotik dan
berkeperibadian Malaysia.